Setiap Permohonan hanya sah untuk satu pelekat kenderaan sahaja.
Pemohon mestilah merupakan kakitangan dan sedang berkhidmat di Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang atau individu yang dibenarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.
Setiap permohonan kali pertama atau kenderaan baharu hendaklah mengemukakan salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Untuk kenderaan yang pernah didaftarkan sebelum ini, pemohon hanya perlu mengisi borang permohonan sahaja bagi tahun semasa.
Sekiranya kenderaan yang didaftarkan bukan atas nama pemohon (tertakluk kepada perkara 2), Surat Kebenaran daripada pemilik kenderaan perlu dikemukakan bersama permohonan ini.
Setiap pegawai/ kakitangan akan diberikan pelekat secara percuma untuk satu (1) permohonan sahaja. Bayaran RM 10 akan dikenakan terhadap permohonan yang melebihi satu (1) pelekat.
Pemilik kenderaan/ pengguna yang berada di dalam kawasan Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang adalah tertakluk kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa seperti mana dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dari semasa ke semasa.
Pelekat kenderaan ini hendaklah digunakan sepanjang masa dan berfungsi sebagai Pas Masuk ke kawasan Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang melalui Pintu Masuk Utama. Bagi kenderaan yang tidak memiliki pelekat kenderaan tersebut hendaklah melaporkan diri kepada Pengawal Keselamatan yang dilantik bagi tujuan kawalan keselamatan di jabatan.
Pelekat kereta hendaklah dipamerkan di penjuru atas cermin hadapan kenderaan dan bagi motosikal hendaklah dipamerkan di bahagian hadapan bagi memudahkan pelekat tersebut dilihat.
Pelekat ini tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran daripada Pengarah Kesihatan Negeri Pahang atau Pegawai yang diberi kuasa.
Pengguna perlu mematuhi had laju di dalam kawasan Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang tidak melebihi 30 KM/j.
Pengguna diminta memberikan kerjasama kepada petugas keselamatan ketika pemeriksaan keselamatan dijalankan.
Sekiranya berlaku sesuatu kemalangan di dalam kawasan Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, hendaklah dilaporkan ke Unit Khidmat Pengurusan dan kepada pihak berkuasa berkenaan (sekiranya berkenaan).
Kenderaan-kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dibenarkan sahaja tanpa melanggar sebarang peraturan lalu lintas dan peraturan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.
Pemilik kenderaan hendaklah memastikan kenderaan dikunci dengan sempurna dan tiada barangan berharga di dalam kenderaan sebelum meninggalkannya. Sebarang kehilangan atas kelalaian serta kecuaian adalah dibawah tanggungjawab sendiri.
Kebenaran boleh ditari balik oleh Unit Khidmat Pengurusan pada bila-bila masa jika arahan-arahan lalu lintas di dalam kawasan Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang adalah tidak dipatuhi.